Sabak Bernam, 19/4/2011 - sebuah syarikat perunding yang dilantik oleh kerajaan, Pusat Kajian Dasar, Centre For Policy Studies Sdn. Bhd. (CPS) akan  membuat kajian dasar mengenai program-program pembasmian kemiskinan di negara ini. CPS dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah memilih lokasi Pusat Pertumbungan Desa (PPD) Merbau Berdarah, Sabak Bernam sebagai salah satu program-program kajian di Selangor. Seramai 9 orang yang diketuai oleh Encik Mohd Fadzil Akram mengadakan lawatan awal ke Desa Kasih Merbau Berdarah Sabak Bernam hari ini. Mereka terdiri daripada Dr. Hamzah Ismail yang juga Pengarah CPS Sdn. Bhd,  3 orang ahli perunding CPS daripada MARDI dan 5 pegawai daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar.


Taklimat khas mengenai Program Pembangunan PPD Desa Kasih Merbau Berdarah telah disampaikan oleh Pengurus Besar YBK dan Ketua Penolong Pegawai Daerah Encik Mohd Isa. Rombongan itu juga telah dibawa melawat ke kawasan beberapa rumah dan bengkel jahitan Desa Kasih Merbau Berdarah. 

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;