- Hit: 1731
Desa Kasih Tanjung Jawa yang letaknya kira-kira 10 km daripada pekan Sabak hari ini menerima kunjungan seramai 13 orang ahli Kelab Sukan Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) Kuala Lumpur. Rombongan yang diketuai oleh Encik Abdul Jamil bin Arshad selaku Pengerusi dan Cik Noraida bt Abdul Rani selaku Setiausaha Kelab Sukan tersebut turut membawa sumbangan yang berupa bahan makanan, wang tunai dan pakaian terpakai diagih-gihkan kepada setiap keluarga peserta sebagai salah satu aktiviti kelab tersebut. Menurut Encik Abdul Jamil bin Arshad dalam ucapannya pula menyatakan bahawa program tersebut telah dirancang sejak 6 bulan yang lalu dan baru hari ini dapat dilaksanakan.
Tuan Haji Bing Selamat Amir, Timbalan Pengurus Besar YBK dalam ucapannya aluannya mengharapkan sokongan dan kerjasama oleh pelbagai pihak khususnya seperti yang ditunjukan oleh Kelab Sukan JPBD ini amat dialu-alukan oleh YBK dalam usaha memupuk semangat permuafakatan diantara YBK dengan pelbagai pihak dalam melaksanakan program pembasmian kemiskinan khususnya di Negeri Selangor. Beliau juga berharap agar skop sumbangan yang disalurkan kepada peserta-peserta Desa Kasih diperluaskan kepada sumbangan yang berbentuk program pendidikan kepada anak-anak peserta. Diharapkan sumbangan yang berbentuk sedemikian akan lebih memberi manfaat kepada anak-anak peserta kearah kecemerlangan akademik yang boleh membantu mengeluarkan setiap peserta daripada putaran ganas kemiskinan.
Sumbangan telah disampaikan kepada Encik Anuar Samin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Desa Kasih Tanjung Jawa oleh Encik Abdul Jamil Arshad dalam majlis ringkas dengan dihadiri oleh semua penduduk.