Sabak Bernam, 21/2/2001 - Peserta-peserta daripada 6 Desa Kasih di Daerah Sabak Bernam akan menerima agihan daging qurban daripada 2 penyumbang sempena Hari Raya Qurban yang jatuh pada 6 Mac depan. 2 penyumbang tersebut telah menyumbangkan sejumlah wang pada hari ini untuk membeli 2 ekor lembu yang mana setiap seekor lembu akan disembelih di Desa Kasih Bagan Nakhoda Omar dan Desa Kasih Batu 2 Tebuk Pulai yang dijadikan sebagai pusat pengagihan.. Majlis kurban akan diadakan pada 7 Mac 2001.


Bagi Desa Kasih Bagan Nakhoda Omar, daging kurban akan diagihkan kepada peserta-peserta Desa Kasih Bagan Nakhoda Omar (29 keluarga), Desa Kasih Sekendi (13 keluarga) dan Desa Kasih Tanjung Jawa (14 keluarga). Manakala lembu yang disembelih di Desa Kasih Batu 2 Tebuk Pulai pula, dagingnya akan diagihkan kepada peserta-peserta Desa Kasih Batu 2 Tebuk Pulai (60 keluarga) dan Desa Kasih Tebuk Pulai Tengah (14 keluarga). Turut menerima agihan ialah sebilangan kecil fakir miskin di sekitar Desa Kasih-Desa Kasih tersebut.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;