Sabak Bernam, 17/2/2001 - Seramai 25 lepasan sekolah yang terdiri daripada anak-anak peserta Desa Kasih telah ditawarkan pekerjaan sementara sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang elektronikย  di Shah Alam. Mereka terdiri daripada 4 orang (Desa Kasih Sg. Kajang Tg. Karang), 7 orang (Desa Kasih Batu 2 Tebuk Pulai) dan 14 orang (Desa Kasih Merbau Berdarah). Tawaran tersebut diberikan kepada mereka oleh Global Access Sdn. Bhd. iaitu sebuah agensi pekerjaan berdaftar yang dilantik oleh firma pengeluaran alat elektronik tersebut. Anak-anak peserta tersebut akan menerima bayaran diantara RM700 hingga RM900 sebulan disamping kemudahan-kemudahan seperti tempat tinggal, pengangkutan ke tempat kerja dan elaun kehadiran. Adalah Diharapkan anak-anak peserta daripada Desa Kasih-Desa Kasih tersebut akan dapat membantu meningkatkan pendapatan keluarga masing-masing apabila mendapat gaji kelak. Sebelum ini kebanyakan mereka hanya menghabiskan masa tanpa sebarang pekerjaan atau sekiranya ada pun hanya membantu keluarga dengan melakukan kerja-kerja kampung yang pendapatannya tidak seberapa.

Bagi meneruskan usaha tersebut, YBK amat mengharapkan kerjasama daripada berbagai agensi yang boleh memberi pekerjaan kepada anak-anak peserta Desa Kasih bagi membantu meningkatan pendapatan keluarga masing-masing agar mereka tidak terus ketinggalan daripada arus perdana pembangunan negara

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL :ย +60 (3) 7875 0036
E-MEL :ย ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;