Sabak Bernam, 22/1/2001 - Seramai 13 pelajar Desa Kasih Tanjung Jawa telah diraikan dalam majlis sambutan Hari raya Puspanita MARA pada hari ini bertempat di Oditorium Mara, Bangunan MARA Jalan Tuanku Abdul rahman Kuala Lumpur. Turut hadir di majlis tersebut ialah Ketua Pengarah MARA dan Pengerusi Puspanita MARA.

Pelajar-pelajar tersebut yang kesemuanya ialah pelajar sekolah rendah telah dijemput khas daripada Desa Kasih Tanjung Jawa pada hari ini untuk tinggal bersama keluarga angkat masing-masing yang terdiri daripada ahli-ahli Puspanita MARA. Mereka akan tinggal bersama keluarga angkatย ย  masing โ€“masing selama 4 hari sehingga Jumaat depan. Semasa tinggal bersama keluarga angkat mereka akan dibawa melawat sekitar Kuala Lumpur seperti Muzium Negara, KLCC, Putra Jaya dan lain-lain lagi bagi memberi pendedahan kepada mereka yang mana sebelum ini pelajar-pelajar berkenaan belum pernah melihat keindahan Kuala Lumpur.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kecil Kebajikan & Sosial Puspanita MARA Puan Rahmah Sahamid, kebanyakan ahlinya begitu terharu dengan kehidupan peserta-peserta Desa Kasih Tanjung Jawa semasa beliau dan ahli-ahli Jawatankuasanya mengadakan lawatan ke Desa Kasih tersebut tidak lama dahulu.ย ย  Berdasarkan itu, beliau telah mengambil daya usaha mendapatkan sumbangan daripada kalangan ahli-ahlinya untuk turut membantu peserta-peserta Desa Kasih Tanjung Jawa berkenaan dengan pada peringkat pertamanya memberikan sumbangan berupa bahan makanan, sejumlah wang tunai dan pakaian pada bulan puasa yang lalu.

Bagi memberi galakkan kepada pelajar-pelajar pula, Jawatankuasa Kecil ini mengdakan program anak angkat dikalangan ahlinya disamping memberi sumbangan berupa beg sekolah dan basikal yang boleh membantu pelajar-pelajar tersebut ke sekolah tanpa berjalan kaki seperti yang dilakukan sebelum ini.

Pihak YBK diwakili oleh Timbalan Pengurus Besar Tuan Haji Bing Selamat Amir dan Eksekutif Perhubungan Awam Encik Khairul Anuar Saimun.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL :ย +60 (3) 7875 0036
E-MEL :ย ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;