- Hit: 1637
Pulau Pangkor, 11/12/2000 - Badan Kebajikan Kakitangan YBK telah mengadakan Hari Keluarga di Pulau Pangkor mulai 11 sehingga 12 Disember. Lebih kurang 100 orang ahli keluarga yang disertai oleh kakitangan YBK dan anak syarikat beserta keluarga masing-masing turut menyertai Hari Keluarga yang diadakan bertujuan mengeratkan hubungan kekeluargaan semua kakitangan YBK dan anak syarikatnya.
Antara aktiviti yang diadakan sempena hari ini ialah sukaneka, pertandingan lukisan kanak-kanak, pertandingan karaoke di samping lawatan ke sekeliling pulau. Hari Keluarga ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Pengerusi YBK, Datoβ Haji Zainal Abidin Sakom bersama keluarga.
Dalam ucapan perasmiannya, Datoβ Zainal berharap agar semua kakitangan menumpukan sepenuh perhatian dalam menjalankan tugas bagi memastikan program pembasmian kemiskinan yang dilakukan oleh YBK mendapat kejayaan bukan sahaja untuk kumpulan sasar malah untuk YBK juga. Beliau juga berharap aktiviti seperti Hari Keluarga ini akan dapat diteruskan di masa depan supaya kerjasama dan persaudaraan yang sedia terjalin akan lebih kukuh untuk menghadapi semua masalah yang mendatang