Sabak Bernam, 22/11/2000 - Pemangku Raja Selangor, Tengku Idris Shah telah berkenan melakukan lawatan ke Desa Kasih Merbau Berdarah, Sg. Panjang, Sabak Bernam Selangor, sempena lawatan beliau ke daerah Sabak Bernam mulai 22 hingga 24 November, 2000. Turut mrngiringi lawatan baginda ini ialah Menteri Besar Selangor, Dato' Dr. Mohamad Khir Toyo, EXCO Kerajaan Negeri dan ADUN Negeri Selangor.

Dalam kunjungan ini, baginda telah diberikan penerangan dan taklimat oleh Pegawai daerah Sabak Bernam, tentang program Desa Kasih yang telah dibina melalui kerjasama antara Kerajaan Negeri Selangor, Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Baginda turut mengambil kesempatan melawat dan meninjau beberapa buah rumah yang dibena serta program-program lain yang dilaksanakan di Desa Kasih tersebut seperti program ekonomi dan pendidikan.

Baginda juga turut mengambil kesempatan beramah mesra bersama penduduk Desa Kasih dan sekelian tetamu yang hadir serta mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai YBK melalui pameran yang disediakan

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;