- Hit: 1688
Puan Sharifah bt Nafi, 57 tahun ialah saorang balu dengan 4 orang anak tidak menyangka panggilan telefon yang diterimanya tengahari itu ketika beliau sedang berkerja di salah sebuah bank di Rawang adalah panggilan malang baginya. Lemah sendi lututnya apabila diberitahu rumahnya sedang dijilat api.
Beliau yang meninggalkan rumah keluar berkerja pagi itu tidak menyangka rumah yang didiaminya selama lebih 20 tahun dengan anak-anaknya itu akan menjadi dimaklumkan bahawa saya telah menjalankan lawatan soalselidik keatas mangsa kebakaran ini setelah menerima panggilan talifon daripada Eksekutif Projek,Encik Radzulai yang semasa membuat lawatan ketempat mangsa kebakaran mengiringi YB Dato’ Pengerusi.Maklumat tersebut disampaikan kepada Encik Mohd.Khairi ,Eksekutif Kanan Pembangunan Sosial pada 6 November 2000.Atas arahan beliau saya telah pergi keSungai Choh pada hari berikutnya 7 November 2000 bersama Encik Abd.Rahman ,kerani Projek.
KEADAAN RUMAH
Rumah papan dua tingkat yang berukuran 20 kaki x 40 kaki habis musnah dimakan api tanpa sebarang harta yang dapat diselamatkan.Usia rumah ini lebih kurang 20 tahun didiami oleh keluarga.Bahagian tandas dan bilek air yang secara kebetulan terletak berasingan dibelakang rumah yang terselamat daripada bencana tersebut.Punca kebakaran tidak diketahui setakat ini dan masih dalam siasatan pihak bomba.
LATAR BELAKANG MANGSA
Mangsa berusia 57 tahun saorang balu tinggal bersama 4 orang anak beliau yang berumur diantara 33 tahun hingga 17 tahun.Dalam usia tua ini mangsa masih lagi mencari rezeki bekerja sebagai pencuci pejabat dengan pendapatan lebih kurang RM400 sebulan.Tiga orang anaknya sudah bekerja dan yang bongsu berumur 17 tahun dan akan mengambil peperiksaan SPM tidak beberapa hari lagi.Memgikut mangsa sebelum bencana ini berlaku rumah tersebut pernah juga dimasuki pencuri dan ada beberapa harta yang berharga telah diambil.
RASIONAL BANTUAN
Memandangkan usia mangsa yang sudah tua dan dari segi pendapatan dari kesemua anaknya yang tidak seberapa, maka amat beratlah untuk keluarga ini membina semula rumah yang musnah itu.Buat ketika ini mangsa tinggal menumpang sementara dirumah adiknya yang berdekatan