Klang, 28/10/2000 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Jabatan Kebajikan Masyarakat, MAIS, MPK danPergerakan Pemuda UMNO Bahagian Klang telah bekerjasama membina rumah kediaman kepunyaan Puan Jamiah Kahdeen yang terletak di Kampung Raja Uda, Klang Selangor, yang sudah agakuzur.

Program pembinaan semula rumah kediaman tersebut yang dilaksanakan secara gotong-royong itu telah dirasmikan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Ybhg. Tuan Dr. Karim Mansor, yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor.

Sewaktu ucapannya, Dr. Karim telah memuji konsep 'smart partnership' atau perkongsian pintar yang terjalin antara YBK dengan beberaapa pihak lain dalam usaha melaksanakan kerja-kerja pembasmian kemiskinan dan membantu golongan yang kurang berkemampuan. Beliau juga berharap agar bantuan dan program kebajikan tersebut akan sentiasa berterusan demi keselesaan semua pihak.

" Saya merasa amat yakin, jika konsep perkongsian pintar ini terus berpanjangan, sudah pasti seluruh rakyat khususnya dinegeri Selangor ini akan mampu untuk turut serta menikmati arus pembangunan negeri ini secara seimbang ", katanya. 

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;