Sabak Bernam, 9/10/2000 - Seramai 120 orang peserta program PPRT negeri Kelantan yang terdiri dari 4 kawasan Parlimen Kelantan telah melawat ke beberapa projek Yayasan Basmi Kemiskinan pada 9 Oktober , 2000.


Lawatan sehari itu bermula mulai jam 11.00 pagi di Desa Kasih Merbau Berdarah, Sg. Panjang Sabak Bernam dan berakhir kira-kira jam 4.30 petang di Kompleks Pendidikan YBK Lembah Bernam, Institut Teknologi Mutiara - YBK (ITMY).

Sewaktu di Desa Kasih Merbau Berdarah (DKMB) para peserta telah diberi taklimat mengenai sejarah penubuhan YBK, program dan pelan pembangunan DKMB, serta melawat ke beberapa buah rumah penduduk, pusat kecemerlangan pendidikan dan bengkel jahitan.

Selepas melawat DKMB, rombongan telah dibawa meninjau ke Kompleks Pendidikan YBK Lembah Bernam, Institut Teknologi Mutiara - YBK (ITMY) yang terletak di Kampung Gesir Tengah, Hulu Selangor dan berpeluang melawat sekitar kompleks tersebut sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur.

Program lawatan ini diaturkan oleh En. Kamaruddin, Pegawai Perhubungan Awam RISDA Kelantan dan diketuai oleh Tuan Hj. Zahidi Ibrahim yang amat merasa kagum dan menyanjung usaha-usaha YBK walaupun baru 10 tahun ia ditubuhkan

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;