Kelana Jaya, 30/9/2000 - Yayasan Basmi Kemiskinan hari ini menerima sumbangan sebanyak 7 unit komputer terpakai dari Syarikat MARDEC Berhad. Upacara ringkas penyerahan komputer tersebut telah diadakan di pejabat Yayasan Basmi Kemiskinan, Kelana Jaya.

Majlis penyerahan komputer tersebut telah dilakukan oleh Pengawal Khidmat Koperat MARDEC Berhad,Tuan Hj. Haris Abdullah sementara YBK diwakili oleh Pengurus Besarnya, Tuan Hj. Mohamed Tamin Mohd. Yusoff.

Komputer sumbangan MARDEC tersebut akan diletakkan di Institut Teknologi Mutiara-YBK (ITMY), Gesir Tengah untuk kegunaan para pelajar di sana. ITMY adalah merupakan sebuah institusi pengajian tinggi swasta yang diwujudkan oleh YBK bagi memberi peluang kepada anak-anak luar bandar dan golongan berpendapatan rendah untuk mendapatkan pendidikan peringkat diploma.

Turut hadir di majlis ini ialah Timbalan Pengurus Besar 1 dan 2 YBK dan beberapa orang pegawai dari MARDEC Berhad.

๐ŸŒ BERKENAAN LAMAN INI

๐Ÿ“ž HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

๐Ÿ“ž TEL :ย +60 (3) 7875 0036
๐Ÿ“  FAKS :ย +60 (3) 7875 0719
๐Ÿ“ง E-MEL :ย ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;