Hulu Selangor, 14/9/2000 - YABhg Datin Seri Dr Siti Hasmah bersama ahli 36 orang ahli BAKTI telah mengadakan lawatan ke projek-projek YBK pada 14 Sept 2000 yang lepas. Turut sama dalam lawatan ke Kompleks ITMY, Desa Kasih Merbau Berdarah dan Asrama Kasih di Serendah tersebut adalah  Isteri YABhg Menteri Besar Zaharah Kechik dan ahli BALQIS.

Ketibaan YABHg Dato' Dr. Siti Hasmah dan rombongan di Kompleks ITMY pada jam 11.30 pagi disambut oleh hampir 1,000 penduduk tempatan, pelajar ITMY, pelajar-pelajar sekolah dan pimpinan masyarakat Hulu Selangor. Lawatan ini bertujuan meninjau usaha-usaha YBK membantu kerajaan negeri membasmi kemiskinan di negeri Selangor melalui projek-projek sosial, pendidikan dan ekonomi.

Antara projek-projek yang akan dilawati oleh YABhg Datin Seri bersama rombongan BAKTI adalah Penempatan rakyat termiskin di Desa Kasih Merbau Bertuah, Merbau Berdarah Sg Panjang, Projek Ekonomi Jahitan di Desir, Institut ITMY di Gesir dan Asrama Kasih Serendah

Rombongan YABhg Datin Seri dijangka sampai di Desa Kasih Merbau Bertuah pada jam 10.30 pagi dan berakhir di Asrama Kasih pada jam 3.00 petang.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;