Kuala Selangor, 22/8/2000 - Pusat Latihan YBK (PLYBK) meraikan pelatihnya buat kali ke-8 di Majlis Penyampaian Sijil Kemahiran Malaysia Tahap II.

Seramai 43 pelatih m,enerima sijil masing-masing daripada Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Dato’ Dr Siti Zaharah Sulaiman. Mereka terdiri daripada pelatih-pelatih yang mengikuti kursus dalam bidang Mekanik Operasi dan larik seramai 15 orang, Mekanik Kenderaan Motor 15 orang, dan 13 orang dalam bidang Mekanik Kelengkapan Tolak Tanah. Sijil Kemahiran Malaysia ini dikeluarkan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) Kementerian Sumber Manusia.Sehingga kini PLYBK telah melatih dan mengeluarkan 482 belia berumur 18 hingga 24 tahun mengikuti kursus di pusat latihan ini.Β 

Majlis ini juga turut dihadiri oleh Pengerusi YBK, Dato; Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi Kumpulan UMW Corporation Sdn Bhd, Dato’ Rahmat Jamari, Ahli Parlimen Tanjung Karang YBK Noh dan ADUN Jeram Puan Mesrah Selamat.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL :Β +60 (3) 7875 0036
E-MEL :Β ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;