Cheras, 20/7/2000 - YBK melangkah setapak lagi dalam memberi peluang kepada belia-belia khususnya dari golongan sasarnya menimba ilmu kemahiran di institusi yang diiktiraf. Atas dasar ingin membantu mereka dalam bidang kemahiran YBK telah menandatangai perjanjian persefahaman melalui Program Pembangunan Kemahiran Teknologi dengan German Malaysian Institut (GMI) di Cheras.

YBK diwakili oleh Pengerusinya, Dato Haji Zainal Abidin Sakom manakala GMI diwakili oleh Timbalan Pengerusinya, Raja Dato’ Zaharaton Raja Zainal Abidin. Melalui persefahaman ini GMI menawarkan kursus diploma industri teknologi tinggi dalam bidang teknologi pengeluaran dan industri elektronik. YBK pula akan menyediakan pelajar-pelajar tanpa ditetapkan sebarang kouta kemasukan dengan memenuhi syarat kemasukan yang telah ditetapkan oleh GMI.

Sehingga kini terdapat enam orang pelajar perintis sedang mengikuti pengajian dalam bidang teknologi pembuatan di institusi ini.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL :Β +60 (3) 7875 0036
E-MEL :Β ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;