Gombak, 13/7/2000 - Projek pembasmian kemiskinan YBK bukan sahaja dilawati oleh pelawat luar malah Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK (ALPA) sendiri turut serta melawat program-program yang dilaksanakan oleh YBK.

Satu sesi lawatan kerja ALPA telah diadakan untuk memberi peluang kepada mereka melihat sendiri program-program pembasmian kemiskinan YBK di samping beramah mesra dengan peserta-peserta program YBK ini. Antara ALPA yang mengikuti lawatan ini ialah Dato Hussein Mohd Yunus dan Prof. Dr. Sulaiman Yassin. Mereka telah dibawa melawat ke bengkel jahitan di Taman Samudera, Asrama Kasih YBK, Desa Kasih Merbau Berdarah dan Pusat Latihan YBK di Kuala Selangor.

Semasa lawatan ke bengkel jahitan, Pengurus Besar YBK, Haji Mohd Tamin Mohd Yusof telah memberi penerangan berkaitan operasi bengkel ini di samping melawat kepersekitaran bengkel, manakala di Asrama Kasih mereka diberi taklimat oleh Pengetua asrama, Haji Abdul Latif dan beramah mesra dengan pelajar-pelajar asrama ini. Di Desa Kasih Merbau Berdarah, ALPA dibawa melawat projek yang dijalankan di desa tersebut seperti bengkel jahitan, tanaman jambu madu di samping melawat sekitar Desa Kasih. Lawatan kerja terakhir mereka ialah di PLYBK dimana Pengetuanya, Haji Abdul Rashit Omar telah memberi taklimat ringkas dan mengiring mereka melawat sekitar bengkel dan kelas di pusat ini. 

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;