- Hit: 1519
Hulu Selangor, 3/7/2000 - Seramai 100 orang pelajar telah mendaftar untuk mengikuti kursus yang ditawarkan oleh Institusi Teknologi Mutiara YBK (ITMY) bagi sesi pertamanya Julai 2000. ITMY adalah sebuah lagi kolej swasta YBK selepas ITK-EDI yang diabngunkan oleh YBK untuk membantu pelajar miskin meneruskan pelajaran dalam IPTS dengan kadar yuran yang mampu.
Satu sesi taklimat telah diadakan oleh pihak Hal Ehwal Pelajar ITMY dan Bank Rakyat. Taklimat ini bertujuan memberi penerangan kepada pelajar-pelajar baru berkaitan dengan ITMY dan juga peluang-peluang untuk mendapatkan pinjaman pendidikan dari Bank Rakyat.Majlis taklimat dan perasmian minggu orentasi telah dirasmikan oleh Pengerusi YBK, Datoβ Haji Zainal Abidin Sakom.
Antara kursus yang ditawarkan oleh ITMY ialah Diploma Sains Komputer, Diploma Teknologi Maklumat dan Diploma Perakaunan