- Hit: 1884
Kuala Lumpur, 23/6/2000 - YBK telah menganjurkan Bengkel Penyediaan Modul & Bank Soalan yang dihadiri oleh guru-guru yang terlibat dalam program KUNTUM pada 23 Jun di sebuah hotel Kuala Lumpur.
Bengkel dua hari ini dihadiri lebih kurang 40 orang guru pakar dari seluruh negeri Selangor bagi menyediakan silibus dan bank soalan kepada semua sekolah yang melaksanakan program KUNTUM untuk dijadikan paduan kepada pelajar-pelajar yang akan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Program ini merupakan kerjasama antara YBK dengan Jabatan Pendidikan Selangor dan Kesatuan Pelajar-pelajar Melayu Selangor KPPMS.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Pengurus Besar YBK, Haji Bing Selamat Amir dan Setiausaha Agung KPPMS, Haji Johari Zaini.