Kuantan, 23/5/2000 - Seramai 12 orang pegawai YBK telah mengadakan satu siri lawatan kerja ke Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) & Yayasan Basmi Kemiskinan Pahang.

Lawatan sambil belajar ini merupakan lawatan balas daripada YBK ini bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim yang telah sedia terjalin di samping melawat ke projek-projek yang dilaksanakan oleh yayasan tersebut. Sewaktu melawat ke YBK Pahang, rombongan YBK diberi taklimat oleh Pengurus Besar YBKP.

Di YPKT, pegawai-pegawai YBK dibawa melawat ke projek-projek yang dilaksanakan oleh yayasan ini seperti kedai koperasi, kedai runcit oleh peserta, bengkel jahitan, kedai kraftangan dan pengurusan tadika. Lawatan ini telah memberi banyak manfaat kepada pegawai-pegawai YBK dalam mengendalikan program-program pembasmian kemiskinannya.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;