- Hit: 1754
Kuala Lumpur, 14/5/2000 - YBK telah menganjurkan Muzakarah Penggubalan Model Pembasmian Kemiskinan Menurut Perspektif islam yang dirasmikan oelh Pengasas YBK, Tan Sri Dato Haji Muhammad Muhd Taib pada 1415 April di Subang Jaya, Selangor. Muzakarah dua hari ini bertujuan merangka pelan tindakan jangka panjang pembasmian kemiskinan menurut perspektif Islam
Muzakarah ini merupakan program utama yang dianjurkan bersempena dengan sambutan ualangtahun ke-10 penubuhan yayasan yang bertemakan “Sedekad yang bermanfaat.” Seramai lebih kurang 250 peserta yang terdiri daripada ahli akademik, ahli profesional, IPTS, NGO, jabatan kerajaan dari pelbagai agensi, swasta serta orang perseorangan menghadiri muzakarah ini.
Antara kertas kerja yang dibentangkan bertajuk “ Kajian keberkesanan dan pendekatan pembasmian kemiskinan Malaysia” oleh Prof. Chamhuri Siwar dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); “ Model pembasmian kemiskinan dari perspektif Islam dan penakrifan semula konsep serta takrif” oleh Ketua Eksekutif INMIND, Aidit Ghazali; “Cabaran-cabaran dalam merealisasikan model-model pembasmian kemiskinan” oleh Prof. Dr Jahara Yahaya dari Universiti Malaya (UM) dan “ Strategi dan kaedah pelaksanaan model pembasmian kemiskinan yang menyeluruh serta berkesan” oleh Prof. Sulaiman Yassin dari Kolej Universiti Terengganu