Sedekad yang Bermanfaat” begitulah tema bagi majlis makan malam YBK yang diadakan pada 27 April dan dihadiri lebih kurang 1000 tetamu undangan. Majlis makan malam ini diadakan sempena menyambut ulangtahun YBK ke-10 pada 24 April. Majlis ini merupakan kemuncak sambutan selepas penganjuran Muzakarah Pembasmian Kemiskinan yang diadakan pada 14-15 April lalu.


Majlis iuni telah dimeriahkan dengan kehadiran tetamu kehormat, Datin Seri Endon Mahmod mewakili Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Penganjuran majlis ini bertujuan merai dan menyampaikan penghargaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat membantu YBK dalam usaha prmbasmian kemiskinannya seperti agensi/jabatan kerajaan, korporat, swasta dan orang perseorangan.

Para tetamu telah dihiburkan dengan persembahan pentas oleh peserta program YBK yang terdiri daripada pelajar-pelajar Asrama Kasih YBK, Pusat Latihan YBK, Institut Teknologi Komuniti YBK dan lain-lain. Di majlis ini juga telah dilancarkan Laman Web YBK dengan rasminya.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;