Kuala Lumpur, 9/3/2000 - Seramai 30 kakitangan YBK dan anak syarikatnya telah menghadiri satu seminar khas berkaitan dengan Tatacara Pengurusan Syarikat di Shah Village Hotel, Petaling Jaya. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengerusi YBK, Dato Haji Zainal Abidin Sakom.

Seminar yang pertama kali diadakan ini bertujuan memberi pendedahan kepada pegawai berkaitan dengan pengoperasi
an sesebuah syarikat korporat dan hal-hal yang berkaitan dengan tanggungjawab pengarah sesebuah syarikat. Turut hadir di seminar ini terdiri daripada pegawai kanan dari YBK dan anak syarikat, seperti Permodalan YBK (PYBK) dan YBK Services.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;