- Hit: 1780
Pusat Islam Kuala Lumpur, 21/12/2002 - Sikap sebilangan pelajar lepasan IPT yang terpengaruh dengan fahaman sempit politik telah menyebabkan mereka tidak berani bersaing dengan golongan yang lain untuk mendapatkan pekerjaan walaupun mereka memiliki ijazah atau diploma daripada institusi pengajian tinggi. Pengaruh fahaman sempit politik seperti negara ini negara sekular, tidak Islamic, fahaman mengatakan bekerja atau bercampur gaul dengan orang bukan Islam akan menyebabkan seseorang itu tidak lagi Islam dan sebagainya yang diserapkan kepada mereka oleh golongan pembangkang ketika belajar di IPT telah menyebabkan pelajar-pelajar tersebut tidak memilikki sikap keterbukaan untuk bersama-sama dengan kaum lain merebut peluang-peluang pekerjaan yang ditawarkan sama ada di sektor kerajaan atau swasta. Ketakutan mereka akan dianggap sebagai tidak Islam serta ditambah pula perasaan rendah diri kerana tidak fasih dalam penggunaan bahasa Inggeris menyebabkan mereka terus ketinggalan bersaing dipasaran terbuka pekerjaan dan perniagaan. Mereka lebih rela menjalani hidup bersekongkol dikalangan mereka sendiri dengan tanpa berusaha memperbaiki diri atau membuka minda kepada aspek kehidupan yang lebih luas untuk generasi mereka masa hadapan.
Perkara tersebut dibangkitkan oleh Datuk Zainuddin Maidin, Timbalan Menteri Penerangan ketika berucap di majlis Konvokesyen Bersama Institut Komuniti YBK-EDI dan Institut Teknologi Mutiara YBK yang diadakan di Pusat Islam di sini hari ini. Di majlis tersebut seramai 632 pelajar menerima sijil dan diploma masing dalam berbagai kursus seperti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Perakaunan, Pengurusan Perniagaan dan sijil kesetiausahaan.Tambah Datuk Zam lagi, pelajar-pelajar lepasan IPT sepatutnya mempunyai pemikiran yang lebih terbuka, berbangga menjadi rakyat negara ini yang mempunyai kesetabilan politik dan ekonomi yang jarang dinikmati oleh rakyat negara lain. Mengimbas kembali kepada bagaimana projek Petronas dibangunkan diperingkat awal yang kini dikuasai sepenuhnya oleh anak-anak Melayu dalam berbagai bidang yang dahulunya merupakan perkara yang dianggap mustahil untuk dilaksanakan.
Kegigihan kepimpinan negara untuk menjadikan projek tersebut sebagai sebuah kolongmerat yang disegani kini terbukti apabila perusahaan tersebut kini menjalankan usaha carigali minyak di beberapa negara di seluruh dunia. Kata lagi, kita tidak akan menjadi tidak Islam walaupun kita berkerja dengan firma yang dimilikki atau dengan orang-orang bukan Islam sekiranya semangat jatidiri kita teguh dan kuat. Malahan kita akan lebih dihormati sekiranya kita menjadi seorang yang tidak mudah terpengaruh dan memilikki ketahanan diri yang jitu.