YBK telah mengadakan perbincangan dan taklimat di semua daerah dengan AJK masjid daerah yang terlibat. YBK yang diketuai oleh Pengerusi YBK, YB Dato Zainal Abidin Hj Sakom telah mengajak semua masjid daerah bersama dengan Pimpinan (Persatuan Iman, Pegawai Masjid dan Penolong Pendfaftar Nikah Selangor) melaksanakan Program Kasih Ramadhan (SKR) 1423 Hijrah sebelum menghadapi bulan puasa akan datang.


Untuk tujuan itu YB Dato Zainal telah mengadakan siri road-show untuk memberi taklimat kepada AJK masjid-masjid daerah seluruh Selangor. Program yang dirancang dan dilaksanakan unutk meningkatkan kesedaran umat Islam menghulurkan sumbangan bagi membantu meringankan bebanan golongan kurang berkemampuan menghadapi bulan Ramadhan.

YBK sebagai urusetia program telah mengadakan majlis penerangan melalui radio, TV disamping road-show taklimat yang dilaksanakan sepanjang bulan September .

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;