Sabak Bernam, 2/9/2002 - Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY) tidak sahaja membuat khidmat bakti kepada pelarian-pelarian akibat peperangan seperti di Bosnia, Palestin dan yang terbaru di Afghanistan, mereka juga tidak melupakan golongan kurang berkemampuan di negara sendiri. Seramai 35 sukarelawan MERCY mengadakan program sehari pemeriksaan kesihatan dan perubatan di Desa Kasih Merbau Berdarah hari ini. Rombongan sukarelawan yang diketuai oleh Puan Rossimah Mohamad yang terdiri daripada doktor pakar dan pegawai perubatan menjalankan pemeriksaan kesihatan kepada peserta-peserta Desa Kasih seperti pemeriksaan darah, khidmat nasihat kesihatan, tekanan darah dan sebagainya. Pemeriksaan kesihatan untuk kanak-kanak juga diadakan.

Selain program kesihatan, rombongan tersebut juga mengadakan pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak seperti pertandingan melukis, pertandingan mewarna dan latihan dalam kumpulan untuk remaja. Sambutan daripada kalangan peserta amat menggalakkan. Selain peserta terdapat juga penduduk dari kampung berdekatan turut serta mengambil peluang tersebut mendapatkan pemeriksaan dan perubatan daripada doktor-doktor pakar yang mengikuti program berkenaan.

Menurut Rossimah, program tersebut selain daripada memperkenalkan persatuan tersebut kepada masyarakat di negara ini, ianya juga secara tidak langsung dapat membantu golongan kurang berkemampuan di luar Bandar mendapatkan rawatan daripada doktor-doktor pakar yang turut serta dalam menjayakan program ini

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;