Sabak Bernam, 19/7/2002 - YBK menganjurkan Klinik Kecemerlangan PMR Pelajar Desa Kasih YBK di HAY Resort Sabak Bernam. Tujuan utama program ini diadakan ialah untuk memberi teknik dan panduan menjawap soalan kepada para pelajar. Disamping itu, tujuan program ini ialah memberi semangat dan motivasi agar mereka sentiasa mengutamakan agenda pendidikan dalam kehidupan harian mereka.

Penceramah-penceramah yang dijemput bagi mengendalikan program ini adalah guru-guru yang berpengalaman sebagai pemeriksa kertas dan penggubal soalan. Dengan kepakaran yang ada pada penceramah ini, kita berharap para pelajar akan mendapat berbagai manfaat untuk diguna pakai semasa menduduki peperiksaan sebenar nanti.

165 orang pelajar Desa kasih terlibat. Para pelajar merasa bertambah yakin untuk menjawab soalan apabila peperiksaan menjelang. Program ini banyak membantu mereka untuk menjawab soalan. Tajuk-tajuk penting yang didedahkan oleh para penceramah dapat membantu mereka mengulangkaji.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;