- Hit: 1567
Bagan Lalang, 28/6/2002 - Seramai 44 orang belia-beliawanis dari Desa-desa Kasih YBK telah menyertai program Bina Insan & Ekspedisi Berkayak. Program ini diadakan bertujuan untuk menanam ciri-ciri kepimpinan dalam diri setiap peserta, menanam sikap positif dan motivasi yang tinggi dalam semua keadaan, menanam semangat bekerjasama, tolong-menolong dan bersatu hati.
Matlamat program ini diadakan ialah untuk membentuk belia-beliawanis menjadi insan yang berdisiplin, bersemangat waja dan dinamik; yang memiliki kemahiran kepimpinan dan komunikasi yang baik sebagai barisan pemimpin akan datang. Program ini telah memberi berbagai pendedahan dunia baru iaitu berekspedisi yang mana sebelum ini mereka tidak pernah mengikutinya. Para peserta telah diajar bagaimana memberi bantu mula kecemasan, ciri-ciri keselamatan didarat dan di laut.
Aktiviti dalaman yang dijalankan ialah ceramah motivasi yang bertajuk Kenali Diri, Cintai Diri oleh En. Nasrudin Subhi, Kaunselor Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Kuliah Subuh dan Maghrib pula telah disampaikan oleh Ustaz Hatta Sujangi (pensyarah Institut Teknologi Komuniti YBK-EDI) dan Ustaz Salihin Safwan (Imam 1, Masjid Putrajaya). Para peserta juga telah diberi penerangan mengenai ciri-ciri keselamatan oleh Tn. Hj. Yatim Kamarudin sebagai panduan sebelum para peserta mengikuti aktiviti-aktiviti luar. Sementara aktiviti-aktiviti luar yang dijalankan disepanjang program ini ialah belajar berenang, berkayak, berbasikal lasak, memanah dan kembara. Para peserta juga didedahkan dengan berbagai jenis tumbuh-tumbuhan semulajadi yang mempuyai berbagai khasiat dan manfaat.
Rata-rata para peserta merasa sungguh seronok dengan program yang dijalankan. Berbagai perkara yang mereka telah perolehi disepanjang kursus ini dijalankan. Program ini sangat Baik dan banyak memberi kesedaran kepada mereka. Mereka juga merasa bertambah keyakinan diri dan semangat dalam menghadapi cabaran hidup. Mereka juga telah mendapat ilmu baru dalam bidang rekreasi air. Para peserta mencadangkan agar program ini diadakan lagi dan jangka masa kursus ditambah bagi memantapkan lagi semangat dalam diri mereka. Mereka rasa program yang telah diadakan ini tidak mencukupi