RSG Ideal Force Consultancy & Corporate Services, Melaka mengendalikan seminar berkenaan dengan pakar-pakar motivasi yang dijemput khas telah menyampaikan ceramah masing-masing. Antara tajuk ceramah ialah Memupuk Keluarga Bahagia (Kewajipan ibu bapa terhadap anak), Keluar dari belenggu kemiskinan dan juga permainan yang boleh menimbulkan kesedaran dikalangan peserta perlunya berkerjsama dalam membangunkan kampung atau Desa kasih masing-masing.
- Hit: 1664
Sabak Bernam, 23/6/2002 - Seramai 117 peserta Desa Kasih Merbau Berdarah mengikuti Seminar Ketua Isi Rumah yang dianjurkan oleh Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) hari ini. Seminar tersebut ialah aktiviti dibawah Program Desa Kasih Cemerlang bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang hari tersebut. Ianya bertujuan untuk memberi kesedaran kepada peserta-peserta Desa Kasih bagi membentuk sikap yang lebih positif, berusaha dengan lebih gigih kearah mencapai kecemerlangan hidup diri dan keluarga serta mempertingkatkan tahap ekonomi masing-masing.