Dengkil, 2/6/2002 - 34 orang pelajar Tingkatan 3,4 dan 5 dari Desa Kasih YBK telah menghadiri Kem Motivasi & Kembara selama 3 hari di Jenderam OutDoors Education Centre, Jenderam Hulu, Bukit Unggul, Dengkil.

Program ini diadakan bertujuan untuk menanam sikap kecemerlangan, sikap positif dan motivasi yang tinggi kepada peserta supaya mereka minat belajar. Kem ini juga bertujuan membimbing para peserta sebagai masyarakat yang berjaya dan dinamik yang memiliki kemahiran berkomunikasi yang tinggi dan bijak merancang sebagai barisan pelapis generasi akan datang.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sepanjang kem ini ialah ceramah, kuliah Maghrib dan Subuh serta latihan dalam kumpulan. Ceramah 1 telah disampaikan oleh En. Thaha Mohd. Yusof, Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Langat dengan ceramahnya yang bertajuk “Kecemerlangan Pelajar Alaf Baru”. Ceramah 11 pula yang bertajuk “Perubahan & Pembentukan Sikap Pelajar : Satu Keperluan” telah disampaikan oleh En. Rozhan Abu Dardak, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Korporat, Universiti Putra Malaysia

Selain itu, aktiviti-aktiviti luar juga telah dijalankan seperti High Rope, Absailing, Repelling, Flying Fox, River Crossing dan Kembara Rimba mengenal Tumbuhan perubatan dan mengenal tumbuhan beracun. Disamping itu, peserta juga telah dibawa melawat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)

Para peserta berharap program sedemikian akan diadakan lagi pada masa hadapan. Aktiviti-aktiviti luar yang dijalankan banyak menguji keupayaan, semangat dan keberanian peserta. Mereka berpuas hati dan memperolehi berbagai pengalaman yang banyak membawa kesedaran kepada mereka

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;