Melaka, 29/5/2002 - Seramai 42 orang anak-anak keluarga Desa Kasih YBK yang akan menduduki peperiksaan UPSR telah menyertai program Kem Lambaian Ilmu yang telah diadakan di Pusat Ko-Kurikulum, Lancang, Merlimau Melaka selama 3 hari. Program ini diadakan dengan kerjasama RSG Ideal Force Sdn Bhd


Objektif program ini ialah untuk melahirkan generasi muda yang celik dan mesra Matematik di samping mempertingkatkan daya keyakinan diri, daya ingatan, mental juga fizikal. Program ini juga bertujuan untuk memartabatkan diri peserta ke arah kredhaan Ilahi

Subjek Matematik sering menjadi masalah kepada pelajar terutamanya anak-anak Melayu. Program ini memberi maklumat terus berkenaan pemikiran matematik serta mengaktifkan minda diri pelajar. Selain itu program ini telah menanamkan sikap cinta Matematik dengan cara yang lebih mudah dan ringkas

Para peserta program juga telah dibawa melawat ke tempat-tempat Bersejarah di Bandar Hilir Melaka seperti Kota A Famosa, Muzium Melaka, Perigi Hang Tuah dan sebagainya. Pengalaman ini sungguh memberi faedah dan kenangan manis kepada para peserta kerana dapat melihat sendiri kesan-kesan sejarah negeri Melaka

Para peserta berharap agar program-program yang sedemikian akan diteruskan lagi sebagai pemberi semangat kepada para pelajar terutamanya ketika menghadapi subjek Matematik

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;