Serendah, 30/4/2002 - Seramai 13 pelajar Asrama Kasih akan melanjutkan pelajaran mereka di  Malaysia France Institut (MFI) dalam bidang Electrical and Equipment Technology, Computer Networking Technology, Welding Technology dan Automotive Maintenance Technology. Satu majlis penyampaian surat tawaran pengajian Diploma Teknologi MFI telah disampaikan oleh Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Dato' Wira Abu Seman Yusop.

Dalam ucapannya Dato' Wira Abu Seman berkata, MARA juga tidak ketinggalan dalam usaha menggalakkan peningkatan pelajar dalam bidang teknikal dan vokasional dengan menyediakan isntitusi latihan kemahiran dengan tertubuhnya tujuh buah Institut Kemahiran Tinggi MARA seperti Malaysia France Institute (MFI), German Malaysian Institute (GMI), British Malaysian Institute (BMI), Malaysia Spanish Institute (MSI), Malaysian Institute of Aviation Technology (MIAT), Malaysian Institute of Chemical Engineering Technology (MICET) dan Malaysian Institute of Marine Engineering technology (MIMET). Disamping itu MARA juga menubuhkan 12 buah Institut Kemahiran MARA dan 140 buah Pusat Giat MARA di seluruh negara, jelas beliau lagi.

Beliau juga menyeru kepada pelajar-pelajar yang berjaya ke MFI supaya menggunakan peluang yang telah diberikan dengan berusaha bersungguh-sungguh demi masa depan diri, keluarga, bangsa, agama dan negara. Di majlis yang sama, Pengerusi YBK, Dato Zainal Abidin Sakom meyampaikan sumbangan dari Tabung Kecemerlangan Pendidikan kepada 18 pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran mereka.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;