Sabak Bernam, 5/4/2002 - Gerai YBK yang turut serta mengadakan pameran di Ekspo Pendidikan dan Perdagangan yang diadakan di Dataran Tanah Lesen, Kampung Parit Baru, Sabak Bernam. Ekspo selama 3 hari mulai hari ini hingga 7 April dianjurkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Sg. Ayer Tawarn telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Dr. Mohd Khir bin Toyo, Menteri Besar Selangor. Agensi-agensi kerajaan dan swasta telah mengadakan pameran masing-masing di ekspo tersebut.

YBK yang mempromosikan pendidikan disertai oleh Kolej Komuniti YBK-EDI di Banting dan Kajang dan  Kolej Mutiara YBK, di Gesir. Gerai YBK juga turut mempromosikan berbagai jenis makanan ringan keluaran Desa-Desa Kasih dari sekitar Daerah Sabak Bernam. Belia-belia lepasan SPM yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke IPT disebabkan keputusan peperiksaan SPM yang kurang memuaskan dan ingin melanjutkan pelajaran tidak melepaskan peluang mendapatkan maklumat dan sebahagiannya telah terus mendaftar untuk kemasukan ke IPT YBK.

Pengunjung-pengunjung ekspo juga tidak melepaskan peluang membeli berbagai produk makanan ringan yang dihasilkan oleh peserta-peserta Desa kasih dari sekitar daerah Sabak Bernam yang turut dijual di gerai YBK.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;