Sabak Bernam, 12/2/2003 - Sebanyak 8 ekor lembu disumbangkan oleh mereka yang ingin melaksanakan oleh ibadah qurban bersempena sambutan Hari Raya Qurban tahun ini di Desa-Desa kasih yang mana sebahagian besar pesertanya terdiri daripada golongan termiskin dan miskin. Zuraida Abu Bakar, Nik Hussein Abdul Rahman dan Zulkifli Ariffin dari Subang Jaya menyumbang 1 ekor lembu setiap seorang kepada peserta-peserta di Desa Kasih Tebuk Pulai Tengah, Bagan Nakhoda Omar dan Sungai Kajang. Manakala kakitangan Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyumbang 2 ekor lembu kepada peserta-peserta di Desa Kasih Merbau Berdarah. Desa Kasih Parit 8 ½ Barat juga turut menerima sumbangan 3 ekor lembu untuk dikurbankan yang diterima daripada orang perseorangan.

Daging-daging kurban turut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin yang tinggal di sekitar Desa-Desa Kasih tersebut. Menurut Mohd Khairi Yunos, pegawai YBK yang dipertanggungjawabkan mengendalikan sumbangan kurban tersebut berkata “bilangan sumbangan lembu tahun ini bertambah 5 ekor dibandingkan dengan tahun lepas yang hanya 3 ekor sahaja”. Tambah beliau lagi “ Menurut mereka yang menyumbang lembu-lembu kurban tersebut, mereka ingin membuat ibadah kurban di kalangan orang yang kurang berkemampuan iaitu golongan termiskin atau miskin dan mereka merupakan golongan yang selayaknya menerima agihan daging kurban bagi memberi peluang kepada mereka turut merayakan sambutan hari raya ini. kebanyakan mereka adalah tinggal di kawasan luar Bandar dan menurut mereka lagi, penduduk Desa Kasih yang kebanyakannya miskin merupakan tempat yang sewajarnya menerima sumbangan tersebut”.  

Mohd Khairi juga mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyumbang lembu-lembu kurban berkenaan dan mengharapkan ibadah kurban mereka diterima Allah ju

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;