- Hit: 1624
Genting Highland, 22/2/2003 - Yayasan Basmi Kemiskinan sedang merancang melaksanakan program-program yang boleh menimbulkan semangat silaturrahim, patriotik dan disiplin yang tinggi dikalangan generai muda khususnya di Negeri Selangor. Pengerusi YBK, Dato’ Haji Zainal Abidin Hj Sakom berkata demikian ketika menyampaikan taklimat kepada peserta-peserta
Bengkel Percambahan Pemikiran di sini hari ini. Tambah beliau lagi, perhubungan silaturrahim diantara satu sama lain yang meliputi perhubungan kekeluargaan, kejiranan, kemasyarakatan dan juga perhubungan antara kaum terutamanya dikalangan generasi muda semakin longgar. Sekiranya tidak diambil tindakan wajar mengatasinya ianya boleh menyebabkan dasar kerajaan untuk megujudkan perhubungan harmoni antara kaum di negara ini tidak mencapai matlamatnya. Menyentuh mengenai semangat patriotik atau semangat cintakan negara, beliau berkata, kemewahan yang dikecapi oleh golongan muda masa kini telah menyebabkan kurangnya semangat kecintaan di sanubari mereka. Mereka dengan sesuka hati melakukan `vandalism’ kepada kemudahan-kemudahan awam yang disediakan tanpa memikirkan kesannya kepada orang lain. Perasaan sayang dan cinta kepada kemudahan atau prasarana, kebersihan dan kecantikan alam sekitar tidak ada disanubari mereka, yang mereka tahu hanyalah keseronokan semata-mata.
Gejala penyalahgunaan dadah yang berleluasa dikalangan generasi muda kini boleh menyebabkan kehancuran sekiranya tidak dibanteras dengan lebih awal.Menurutnya lagi, YBK telah mengenalpasti program yang dijangka boleh memainkan peranan dalam membangkitkan semangat ‘Silaturrahim, Patriotik dan Disiplin – SIPADI’ khususnya kepada generasi muda ialah aktiviti seni mempertahankan diri mengikut kaum seperti silat untuk kaum melayu, kong fu atau tae kwan do untuk kaum cina dan silambam untuk kaum India. Silibus yang sesuai akan disusun bagi menerapkan aspek-aspek hormat menghormati, berbaik sangka diantara satu sama lain, memupuk semangat kecintaan dan sayang kepada negara serta membina jati diri yang tinggi disamping menerapkan nilai-nilai budaya yang baik.Antara peserta yang dijemput menghadiri bengkel percambahan pemikiran tersebut ialah Mohamad bin Yahya, Ketua Penolong Setiausaha Kerjaaan Negeri Selangor, Zainal Jais seorang budayawan, Bing Selamat Amir tokoh pendidikan dan ahli-ahli Persatuan Silat Gayong Malaysia