Peperangan yang berlaku di negaranya menyebabkan kanak-kanak Iraq, Yasmine Wa’adi, 9, kehilangan kedua-dua belah kakinya. Walaupun begitu, keperitaannya dapat dikongsi bersama dengan rakyat Malaysia yang prihatin sejak beliau menjalani rawatan di negara ini. Pengerusi YBK, Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom sempat meluangkan masa mengunjungi Yasmine di Hospital Bersalin Cina (CMH) pada 27 Mei 2003 lalu. Turut hadir Datin Hartini Osman, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK, dan pegawai dari Permodalan YBK dan YBK Services.

Yasmine dijangka keluar dari CMH sehingga akhir minggu depan bagi memastikan jangkitan pada kaki kananya sembuh sebelum dipindahkan ke Hotel Swiss-Garden bagi memudahkannya mendapat rawatan susulan di hospital tersebut. Beliau dijangka menerima kaki palsunya selepas 15 Jun setelah jangkitan dan luka pada kakinya sembuh. Yasmine akan berada di negara ini selama empat untuk mendapatkan rawatan lanjutan dan menyesuaikan dirinya dengan kaki palsunya kelak.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;