Yayasan Basmi Kemiskinan telah mengadakan Seminar Teknologi Kejayaan Diri Pendidikan Cemerlang Siri ke 11 pada 3-5 June 2003 bertempat di HAY Resort & Services Sabak Bernam. Seramai 60 orang pelajar dari keluarga PPRT Desa Kasih-Desa Kasih YBK telah menghadiri seminar ini.

Objektif program ini diadakan ialah untuk mendedahkan kaedah dan teknik kejayaan diri kepada pelajar, meningkatkan keupayaan diri pelajar-pelajar supaya lebih terangsang dalam mengikuti pelajaran, membentuk sistem kepercayaan melalui teknik-teknik melakukan perubahan diri yang mudah diamalkan. Program ini juga bertujuan untuk menunjuk cara membina matlamat yang diingini supaya diri sentiasa terangsang dan bersemangat untuk mencapainya serta menerangkan konsep dan falsafah kejayaan diri yang dapat diikuti dan dijadikan model oleh pelajar.Seorang jurupakar perunding, Hj. Md. Taib Mat telah dilantik bagi melaksanakan seminar ini yang merupakan siri kedua. Melalui beberapa ujian yang dijalankan, para peserta telah menunjukkan beberapa perubahan jika dibandingkan pada siri program yang pertama.

Hj. Md. Taib menjelaskan, para peserta ini perlu diberikan pendedahan lagi dalam usaha untuk meningkatkan peningkatan dalaman mereka. Mereka kebanyakkannya masih kurang dalam kekuatan dalaman mereka yang mungkin banyak dipengaruhi oleh suasana sekeliling mereka seperti keluarga, kewangan dan masyarakat.Para peserta juga telah menunjukkan minat yang baik dalam seminar ini. Kekerapan mereka menghadiri program yang membina kekuatan dalaman banyak membantu mereka mempertingkatkan semangat juang dalam kehidupan seharian mereka

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;