Sabak Bernam, 7/6/2003 - Projek pengumpulan dan pembelian buah kelapa sawit merupakan projek pertama Koperasi Desa Kasih Merbau Berdarah Sabak Bernam Berhad dilancarkan hari ini. Ahli Koperasi tersebut keseluruhannya ialah peserta-peserta Desa Kasih Merbau Berdarah yang merupakan golongan termiskin atau peserta program pembangunan rakyat termiskin (PPRT). Pendaftaran koperasi tersebut telah diluluskan pada 11 September tahun lalu dengan bilangan ahlinya seramai 149 orang. Pelancaran projek ini dirasmikan oleh YB. Dato’ Haji Mat Yasir Hj Ikhsan, ADUN Sg Ayer Tawar yang juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK dihadiri kira-kira 150 orang terdiri daripada JKKK kampung dan pemilik kebun kelapa sawit di sekitar kawasan terletaknya pusat timbang ini.

Dalam ucapan perasmiannya, Dato’ Haji Mat Yasir menyeru pemilik kebun-kebun kelapa sawit yang tidak mempunyai ikatan dengan mana-mana pembeli yang lain supaya menjadikan pusat timbang yang dimiliki Koperasi ini sebagai pilihan kedua untuk menjual hasil buah kelapa sawit mereka. Menurut beliau “Menjual kelapa sawit di pusat timbang ini tidak secara langsung turut membantu meningkatkan ekonomi peserta-peserta Desa Kasih Merbau Berdarah yang kini masih didalam tempoh peralihan kepada taraf ekonomi yang lebih baik dibandingkan dengan taraf ekonomi yang sebelum ini”.

Pusat timbang tersebut kini telah mula membeli buah-buah kelapa sawit yang dihantar oleh penduduk sekitar dan diperingkat awal ini urus niaga yang dilakukan dipusat timbang ini ialah antara 4 hingga 5 ton sehari.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;