epang, 7/9/2003 - Yayasan Basmi Kemiskinan telah menganjurkan satu Seminar Bimbingan Kerjaya Dan Teknik Menjawab Soalan SPM untuk pelajar–pelajar program KUNTUM 2003. Seminar telah diadakan mulai 5 hingga 7 September 2003 yang dibahagikan kepada dua Zon. Zon 1 adalah pelajar KUNTUM dari daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor manakala Zon 2 adalah untuk pelajar KUNTUM daerah Kuala Langat, Hulu Langat dan Klang.


Seramai 521 orang pelajar KUNTUM telah menghadiri seminar ini. Pelajar yang terpilih adalah pelajar yang berasal dari keluarga yang miskin dan kurang berkemampuan, berdaya maju serta berpotensi untuk cemerlang.Seminar ini memberi pendedahan kepada peserta teknik-teknik untuk menjawab subjek-subjek penting iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Sains dan Kimia. Pendedahan ini mampu membantu peserta mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM yang akan mereka hadapi pada bulan Oktober nanti. Penceramah yang dijemput adalah guru-guru yang berpengalaman sebagai pemeriksa kertas peperiksaan mengikut bidang kepakaran masing-masing.

Selain itu, tujuan seminar ini diadakan ialah untuk memberi pendedahan kepada peserta bidang kursus dan kerjaya yang boleh mereka ceburi selepas mereka menduduki peperiksaan SPM. Mereka juga diberi pendedahan kepada beberapa IPTS yang ada sebagai pilihan mereka sekiranya mereka gagal mendapat tempat di IPTA seperti German Malaysia Institut, Malayasian France Institute, Institut Teknologi Komuniti YBK, Pusat Latihan YBK dan Institut Teknologi Mutiara YBK.Majlis perasmian telah dilakukan oleh YB. Dato’ Mat Yassir Ikhsan, Ahli Dewan Undangan Sungai Air Tawar Sabak Bernam di Zon 1. Majlis perasmian penutup dan penyampaian sijil pula telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Hj. Zainal Abidin Hj. Sakom, Pengerusi YBK di Zon 2.

Dalam ucapan perasmian penutup, YB. Dato’ Hj. Zainal Abidin Sakom menyeru supaya para peserta menuntut ilmu untuk menjadi insan yang cemerlang. Untuk menjadi negara maju pada tahun 2020, rakyatnya perlu mendalami berbagai ilmu terutamanya teknologi-teknologi terkini yang canggih dan sofistikated yang mampu menjadikan negara tersohor di seantero dunia bersesuaian dengan era globalisasi sekarang ini.

YB. Dato’ juga memberi semangat kepada peserta supaya sanggup berjuang untuk menaikkan nama negara seperti Dato’ Malik yang berjaya menyeberangi Selat Inggeris dan Dato’ Azhar Mansor yang berjaya mengelilingi dunia secara solo dengan kapal layar. Jika pelajar tidak berusaha bersungguh-sungguh, mereka dikhuatiri akan mewarisi kemiskinan keluarga mereka.

Peserta seminar merasa bertuah kerana terpilih untuk menyertai seminar ini. Usaha yang dibuat oleh YBK ini banyak membantu peserta terutamanya untuk menghadapi peperiksaan. Bimbingan kerjaya yang diberikan dapat membimbing mereka untuk melanjutkan pelajaran selepas tamat SPM. Mereka berharap YBK akan mengadakan seminar yang sama untuk tahun-tahun seterusnya supaya adik-adik mereka juga akan dapat peluang mengikuti seminar ini.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;