- Hit: 1710
Program dianjurkan bersama pihak swasta ini bertujuan memantapkan diri pelajar Desa-desa Kasih yang akan menghadapi peperiksaan PMR dan SPM. Ia bertujuan meningkatkan fokus kepada kepentingan pilihan, membuat keputusan proses ‘visioning’ dan pembinaan matlamat.
Program diadakan di HAY Resort & Services Sabak Bernam telah disertai oleh seramai 66 orang pelajar Desa Kasih dari kalangan pelajar Sekolah Menengah (PMR dan SPM) & Sekolah Rendah (UPSR).
Sesi-sesi motivasi tertumpu kepada Kemantapan Pelajar Dalam Menghadapi Peperiksaan Dengan Mencari Kelemahan dan Mengatasi. Antara sesi yang laksanakan adalah teknik ‘Memory Glue’ daya ingatan melalui ‘visualisasi’ (bayangan)’, mengenalpasti 9 ‘musuh’ dalam menghadapi ujian atau peperiksaan (takut/ bimbang, rendah diri, gangguan, tekanan), kejayaan diri ‘success’ telah ditunjukkan termasuklah 7 kunci-kunci utama kejayaan diri yang diantaranya adalah ‘masa lalu tidak sama dengan masa hadapan’, ‘passion’, hiduplah detik ini’ dan lain-lain lagi, meningkatkan tenaga dalaman dan pemusatan minda yang kuat, teknik kawalan minda, teknik menghilangkan kebimbangan termasuklah 3 teras utama dan termasuklah proses ‘dickens’. amali ‘CRAFT’ yang dipelopori oleh Dr. Maxwell Maltz dan latihan poster ‘misi kehidupan’