Hulu Selangor, 18/12/2004 - Institut Teknologi Mutiara YBK (ITMY), Gesir Tengah akan membina sebuah lagi asrama untuk kegunaan mahasiswi-mahasiswinya yang dijangka siap pada tahun 2004. Asrama ini merupakan asrama tambahan bagi menampung jumlah pelajar baru yang dijangka akan melanjutkan pelajaran mereka di ITMY bagi sesi 2004.

Satu majlis pecah tanah telah diadakan di perkarangan ITMY yang dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Mohd Idris Haji Abu Bakar, ADUN N7 Hulu Bernam. Turut hadir di majlis tersebut ialah Pengerusi YBK merangkap Presiden ITMY, Dato’ Zainal Abidin Sakom, pegawai-pegawai dari anak syarikat YBK, dan Naib Presiden Kumpulan Institut Teknologi Pendidikan YBK, Bing Selamat Amir.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;