Semasa memberikan ucapan, beliau menasihatkan anak-anak desa kasih supaya terus rajin belajar dan mengunakan peluang dan kemudahan yang di sediakan oleh pihak YBK sebaik mungkin. Selain daripada itu beliau menyarankan anak-anak desa kasih perlu menyediakan jadual yang betul dalam aktiviti pembelajaran mereka supaya kaedah pembelajaran mereka akan lebih tersusun.
Majlis pada petang itu, turut diserikan dengan pertandingan rekabentuk multimedia yang di anjurkan oleh pihak YBK. YBK telah menerima sebanyak hampir 40 penyertaan dari kalangan pelajar Desa Kasih. Pertandingan yang pertama kali di adakan ini di bahagikan kepada 2 kategori iaitu kategori peringkat menengah dan peringkat rendah. Hadiah-hadiah bagi peserta yang berjaya di sampaikan oleh YB Dato` Dr. Haji Mat Yassir Ikhsan. Majlis pada petang itu turut di selitkan dengan penyerahan sijil komputer kepada anak-anak desa kasih yang telah tamat modul pembelajaran ICT untuk tahun 2003.
- Hit: 1802
Sabak Bernamm 29/12/2003 - Satu majlis bagi mengeratkan sillatulrahim antara anak-anak desa kasih dan pemimpin telah diadakan di Hay Resort Sabak Bernam. Majlis tersebut telah dimeriahkan dengan kehadiran YB Dato` Dr. Haji Mat Yasir Ikhsan, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Air Tawar yang juga merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK.