Kelana Jaya 10/1/2004 - YBK menerima tetamu dari Yayasan Kemajuan Insan Sarawak (YAKIN) bagi bertukar-tukar fikiran mengenai program-program pembasmian kemiskinan kedua-dua negeri. Mereka diberi taklimat tentang YBK dan program-program pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan oleh YBK.

Ahli Lembaga Amanah YAKIN, Datu Dr. Haji Hatta Solhee dalam ucapbalasnya berkata YAKIN juga merupakan sebuah badan bukan kerajaan yang ditubuhkan pada 19 Februari 1998 oleh Kerajaan Negeri Sarawak bagi merangka dan melaksanakan program-program pembasmian kemiskinan di negeri Sarawak.

Menurut  beliau, kehadiran YAKIN ke YBK adalah untuk menimba pengetahuan dan menambah pengalaman bagi YAKIN merangka dan seterusnya melaksanakan program-program pembasmian kemiskinan di negeri Sarawak.

Diharap dengan lawatan ini kedua-dua NGO’s ini akan dapat bekerjasama dalam program-program pembasmian kemiskinan dan memastikan program-program tersebut berjaya mencapai  matlamatnya.

Turut hadir di majlis taklimat tersebut ialah pegawai-pegawai YAKIN, Puan Khatijah Mohd Jaafar dan En Najib Endong.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;