Sabak Bernam, 1/3/2004 - Majlis Ramah Mesra Pusat Kecemerlangan Pelajar Desa Kasih yang di hadiri oleh Ketua-ketua dan AJK-AJK Desa Kasih telah di adakan dengan jayanya di Salah sebuah Resort di Sabak Bernam. Majlis yang turut dihadiri oleh Yang Berhormat Dato` Dr. Haji Mat Yassir. adalah untuk menyampaikan sedikit bantuan peralatan permainan dalaman untuk digunakan oleh anak-anak desa kasih untuk mengisi masa lapang mereka di Pusat Kemerlangan Pelajar selain daripada mengulangkaji pelajaran.

YB Dato` Dr. Hj. Mat Yassir juga berharap agar PKP Desa Kasih ini dapat digunakan sebaik mungkin dan perlu mendapat sokongan daripada ibu-bapa sendiri. Ibu bapa perlu menyediakan jadual waktu anak-anak di rumah agar aktiviti harian dapat di pantau oleh ibu bapa. Majlis pada petang juga di serikan dengan penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR 2003 kepada adik Norasyikin bt Hussein yang mendapat keputusan 4 A 1 B dan Anugerah Pelajar Cemerlang PMR 2003 Norhisham Samsuddin bin Masroni yang mendapat keputusan 7 A 1 B. Turut diselitkan ialah penyampaian bantuan ekonomi seperti mesin jahit, motosikal dan gerai kepada peserta-peserta desa kasih.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;