- Hit: 1699
Klang, 5/3/2004 - YBK telah menganjurkan seminar pendidikan guru-guru KUNTUM 2004 di mana seramai 117 orang guru KUNTUM telah hadirk diri. Seminar ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datoβ Hj. Yusof Bin Harun, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Turut hadir En. Zulhairy Jalaluddin dan beberapa orang pegawai JPNS dan Pegawai-pegawai Pendidikan Daerah.
Tujuan mengadakan seminar ini ialah untuk membentangkan modul-modul subjek yang diajar di dalam program KUNTUM. Modul ini disediakan sebagai garis panduan kepada para guru untuk mengajar peserta KUNTUM. Ketua Pegawai Eksekutif YBK telah membentangkan Sistem Maklumat Kemiskinan YBK khusus untuk program KUNTUM kepada semua guru. Sistem ini diguna pakai bagi menilai perkembangan prestasi pelajar KUNTUM selain menyimpan data-data para peserta bersesuaian dengan era IT.
Bersempena seminar ini, mesyuarat bersama semua penyelaras pusat KUNTUM turut diadakan. Mesyuarat pertama bagi tahun 2004 ini membentangkan beberapa cadangan program motivasi untuk dilaksanakan bagi mempertingkatkan prestasi pelajr-pelajar yang mengikuti program KUNTUM. Antara program yang akan dilaksanakan ialah program motivasi bulanan, teknik belajar, teknik menjawab soalan SPM dan bimbingan kerjaya dan peruntukan tambahan RM100 setiap pusat bagi menampung perbelanjaan makan dan minum pelajar sebelum menghadiri kelas tuisyen KUNTUM.