- Hit: 1647
Serendah, 10/4/2004 - Universiti Kuala Lumpur memberi peluang kepada pelajar-pelajar Asrama Kasih YBK untuk melanjutkan pelajaran mereka di universiti tersebut dengan termeterainya memorandum pesefahaman (MoU) antara UniKL dengan Asrama Kasih. MoU ini akan memberi peluang kepada pelajar asrama ini untuk memilih institusi di bawah UniKL bagi melanjutkan pelajaran mereka.
Antara institusi di bawah UniKL ialah Malaysian France Institute (MFI), British Malaysian Institute (BMI), Malaysian Spanish Institute (MSI), Malaysian Institute of Aviation Technology Malaysia (MIAT), Institute Infotech Mara (IIM), Malaysian Institute of Chemical and Bioengineering Technology (MICET) dan Malaysian Institute of Marine Engineering Technology (MIMET). Perjanjian ini dimeterai bersama oleh Pengerusi Asrama Kasih, Datin Hartini Osman dan Timbalan Presiden Kanan UniKL, Profesor Dr Abd Hakim Juri dengan disaksikan oleh Pengerusi YBK, Datoβ Zainal Abidin Sakom dan Presiden UniKL, Prof. Datoβ Seri Dr Ibrahim Saad