Serendah, 10/4/2004 - Seramai 23 orang pelajar Asrama Kasih (ASKA) yang menduduki SPM pada tahun 2003 telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke beberapa pusat pengajian tinggi awam dan swasta untuk mengikuti berbagai kursus mengikut kelulusan dan minat mereka.

Seramai 18 bekas pelajar telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma oleh Universiti Kuala Lumpur (UniKL). Tawaran ini adalah sebagai salah satu isi kandungan yang termaktub di dalam perjanjian (MoU) antara Asrama Kasih YBK dengan UniKL yang telah ditandatangani pada 10 April 2004 yang lalu. Walaubagaimanapun seramai enam orang telah menolak tawaran ini kerana memilih untuk menyambung pelajaran ke Tingkatan 6.

Kesemua pelajar ini mempunyai kelayakkan yang ditetapkan oleh pihak UniKL dalam keputusan SPM mereka. Mereka yang menerima tawaran telah melanjutkan pelajaran di Kampus Malaysia France Institute (MFI) untuk mengikuti program Computer & Networking, Automotive System & Maintenance dan Electrical Equipment & Installation di peringkat Diploma. Pelajar-pelajar ini juga akan ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sekiranya mereka memperolehi keputusan yang cemerlang di peringkat diploma.

Seorang pelajar, Anuar Bin Shahuddin telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam bidang Sains Komputer. Seorang lagi pelajar, Mohd. Firdaus Mad Isa telah mendapat tawaran belajar di Politeknik Tanjong Malim dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal. Sementara itu, Norhayati Asmawi telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam Diploma Kejururawatan.

Sementara itu dua orang pelajar sedang mengikuti program peringkat sijil iaitu Sijil Komputer dan Sijil Kemahiran.

YBK berharap mereka akan mendapat kejayaan cemerlang di dalam bidang kursus masing-masing dan berjaya mendapat pekerjaan yang lebih baik. Semoga dengan kelulusan dan pekerjaan yang baik nanti, mereka dapat membantu keluarga mereka dari putaran ganas kemiskkinan.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;