- Hit: 1793
Kuala Lumpur, 30/5/2004 - “Kepentingan bersama berkongsi idea bagi membantu negara masing-masing membasmi kemiskinan”, itulah mesej yang disampaikan oleh YB Menteri di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dalam ucapan perasmian ‘Asean Reginal Workshop’ yang dihadiri oleh wakil-wakil jabatan kerajaan dan badan bukan kerajaan negara-negara ASEAN bagi berkongsi cara-cara terbaik bagi penduduk luar bandar menggunakan kemudahan ICT untuk meningkatkan pendapatan.
Wakil YBK dilantik sebagai wakil NGO Malaysia dimana serba sedikit pengalaman YBK dalam menggunakan kemudahan IT bagi membantu penduduk Desa-Desa Kasih YBK meningkatkan pendapatan keluarga dapat dikongsi bersama di dalam bengkel yang dilaksanakan.
Pembentangan kertas kerja daripada wakil Kementerian Air, Tenaga dan Komunikasi, wakil Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, wakil MIMOS, wakil e-Bario Projek dan wakil kerajaan Thailand dapat berkongsi idea berkenaan projek-projek yang telah/sedang dilaksanakan oleh kerajaan tempatan bagi merapatkan lagi jurang titian digital antara penduduk bandar dan luar bandar seperti pembangunan dan kemajuan yang ketara berlaku kepada penduduk pendalaman Bario, Sarawak