Kelana Jaya, 3/6/2004 - Hasrat YBK untuk memberi taklimat program pembasmian kemiskinannya kepada pucuk pimpinan negara telah mendapat maklumbalas apabila Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, YB. Dr. Masitah Ibrahim sudi melawat ke YBK.

Encik Zulhairy Jalaluddin telah memberikan taklimat khas berkaitan program pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan oleh YBK. Taklimat ini memberi sedikit sebanyak maklumat tentang kejayaan yang dicapai oleh YBK dalam membantu golongan miskin meningkatkan taraf kehidupan mereka. Dalam ucap balasnya, Dr. Masitah berharap agar dapat bekerjasama dengan YBK agar program-program pembasmian kemiskinan ini dapat diimplementasikan di Baling, Kedah bagi membantu penduduk-penduduk di kawasan tersebut meningkatkan taraf hidup mereka.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;