Sabak Bernam, Institut Latihan Dakwah Selangor (ILDAS) - YBK telah menganjurkan Seminar Membina Kemantapan Diri Menghadapi Peperiksaan selama sehari. Seramai 166 orang pelajar KUNTUM daerah Sabak Bernam dan pelajar Desa Kasih YBK telah menghadiri seminar tersebut yang dikendalikan sepenuhnya oleh Hj. Md. Taib Mat, dari Konsultan Gemilang Generasi Sdn Bhd. Seminar tersebut telah diadakan di Institut Latihan & Dakwah Selangor, Sabak Bernam.

Tujuan seminar ini diadakan ialah untuk mendedahkan kaedah-kaedah yang boleh membantu para peserta menjadi lebih yakin dalam menghadapi peperiksaan yang akan berlangsung tidak lama lagi. Ia memberi penekanan kepada kaedah menghilangkan kebimbangan dan kerisauan, meletakkan diri dalam keadaan puncak diri dan mengelak tekanan serta menggunakan minda (sedar dan separa sedar) dengan seoptima yang boleh. Dengan kaedah-kaedah yang diutarakan di seminar ini, YBK berharap seminar ini dapat membantu peserta mendapat keputusan yang cemerlang. Secara tidak langsung, seminar ini mampu membantu peserta-peserta dan keluarga keluar dari kekangan kemiskinan apabila mereka telah berjaya nanti.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;