Banting, 6/10/2004 - YBK telah menganjurkan Seminar Membina Kemantapan Diri Menghadapi Peperiksaan selama sehari untuk pelajar-pelajar program KUNTUM 2004 bagi daerah Kuala Langat, Hulu Langat, Sepang dan Klang. Seramai 323 orang pelajar dari 10 buah sekolah dari daerah berkenaan telah menghadiri seminar ini.

Seminar ini telah dirasmikan secara ringkas oleh Tn. Hj. Bing Selamat Amir, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK. Seminar ini telah dijalankan sepenuhnya oleh Tn. Hj. Md. Taib bin Mat, Fasilitator dari Bintang Generasi Sdn Bhd. Seminar tersebut telah diadakan di Dewan Sri Jugra, Telok Datok Banting, Selangor.

Seminar ini adalah seminar kedua selepas program pertama yang telah diadakan di Institut Latihan Dakwah Selangor (ILDAS) Sabak Bernam pada 21 Ogos 2004. Tujuan seminar ini diadakan ialah untuk mendedahkan kaedah-kaedah yang boleh membantu para peserta lebih yakin dalam menghadapi peperiksaan SPM yang akan berlangsung tidak lama lagi. Ia memberi penekanan kepada kaedah menghilangkan kebimbangan dan kerisauan, meletakkan diri dalam keadaan puncak diri dan mengelak tekanan serta menggunakan minda (sedar dan separa sedar) dengan seoptima yang boleh.

Selain berceramah, peserta juga didedahkan kepada teknik-teknik fizikal yang dapat membantu memantapkan diri peserta seperti senamrobik dengan muzik, latihan pernafasan, mematahkan kikir besi dan pembacaan ikrar. Dengan kaedah-kaedah yang diutarakan di seminar ini, YBK berharap seminar ini dapat membantu peserta mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan mereka.. Secara tidak langsung, seminar ini mampu membantu peserta-peserta dan keluarga keluar dari kekangan kemiskinan apabila mereka telah berjaya nanti.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;