Melaka, 8/12/2004 - Lawatan YBK yang diketuai oleh Pengerusinya Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom banyak memberi manfaat dan pengetahuan kepada yayasan ini cara bagaimana mengelolakan rumah untuk warga tua menghabiskan sisa-sisa kehidupan mereka.

Rumah Seri Kenangan Cheng di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat ini didiami seramai 151 orang warga tua sejak ditubuhkan pada tahun 1972. Objektif penubuhan rumah ini adalah memberi penjagaan, perlindungan dan ketenteraman bagi memenuhi keperluan warga tua yang daif dan orang papa yang telah diperintahkan masuk oleh mahkamah untuk diberi pemulihan ataupun penjagaan dan perlindungan. Penguasa Rumah Seri Kenangan, Puan Rahmah Tasrib berkata bilangan penghuni Melayu di rumah tersebut mengatasi bangsa-bangsa lain dengan 62 orang, Cina 54 orang, India 36 orang dan lain-lain seorang dengan bilangan penghuni perempuan seramai 56 orang dan penghuni lelaki seramai 97 orang. Turut serta dalam lawatan ini ialah Datin Hartini Osman dan pegawai-pegawai Yayasan.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;